January 8, 2011
experience in OSCE
selama dua hari aku menghadapi peperiksaan praktikal di kolej tetapi hati aku ini sukar tenang kerana bimbang akan peperiksaan yang bakal aku lalui sebentar sahaja lagi. Dalam peperiksaan ini terdapat 6 tempat untuk buat prosedur, ianya juga diberikan 5 minit untuk membuat setiap prosedur. Bila nama ku di sebut untuk melakukan di hadapan pemeriksa, hatiku mula gementar tapi masih boleh dikawal lagi. Dalam masa aku lakukan praktikal depan pemeriksa aku sering tertinggal salah satu langkah dalam prosedur. Selepas selesai melakukan peperiksaan tersebut aku mula tenang sedikit tetapi aku risau dengan markah pula kerana markah adalah sedikit dan senang untuk gagal. Pada keesokan harinya, keputusan peperiksaan yang aku hadapi sudah keluar dan sudah berada di tangan pensyahrah. Pensyahrah hanye menyebut nama yang gagal sahaja, alhamdulilah aku lulus walaupun aku sering tertinggal langkah dalam setiap prosedur. walau ape pun aku berasa bersyukur sangat bila nama aku tidak disebut untuk membuat semula peperiksaan tersebut. Tetapi seorang rakan ku gagal namun dia ambil semula pada hari yang sama dan dengan hendak allah dia lulus. Setelah selesai dengan peperiksaan praktikal ku, aku mula terfikir dengan markah peperiksaan akhir aku dalam semesta pertama ini, kerana jika aku gagal aku kena membayar kertas ujian tersebut dengan harga rm 95 setiap subjek. Aku bukan apa kalo kantoi gagal aku kena bayar balik dan mama aku akan marah aku dengan atas kecuaian aku masa belajar. Tetapi aku harap keputusan aku ini lulus dan lepas daripada 3.0, aku ingin membela nasib family aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment